Sunday, May 31, 2009

ayam percik lagenda

Ayam Percik Lagenda
Sedap, Mantap dan Lazat

Seindah Nama, Sesedap Rasanya


Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Pada bulan ini aku amik peluang untuk cuba-cuba berniaga. Alhamdulillah, berkat doa Ayah Dan Ibu, dengan usaha yang gigih, sabar & sokongan keluarga aku boleh dapat keuntungan dalam RM250.00 Hingga RM600.00 sehari. Aku juga ingin berkongsi ilmu dengan semua orang. Aku ingin cerita kat semua orang bahawa orang muda x boleh duduk diam saje. Mesti berdikari untuk hidup sebab satu hari nanti aku juga bakal ada keluarga. Kalo aku tak kuat, tak tolong diri sendiri siapa lagi?????kalo di ikutkan aku ni keje kalo dengan pada jawatannya memang orang cakap banyak duit tapi duit zaman sekarang ni macam air. RM100.00 macam duit RM10.00. Di sini aku ada sediakan galeri gambar untuk tontonan umum. Koleksi Ayam Percik Lagenda. Satu nama yang di pilih oleh abg aku. Aku rasa bagus jugak nama tuh...


Ayam Percik Lagenda Di Taman Shah Bandar...




Tak mahal aku jual RM1.50 hingga RM 5.00 sebab aku tau semua orang MAMPU UNTUK MEMILIKINYA...



Ayam Percik Lagenda Masaknya Camni jek sebab di Taman Shah Bandar tak de ruang untuk aku bakar guna arang. Jadi, aku buat cara moden ckit ar.



Kalo nak di ikutkan memang sempit ruangnya tapi aku guna jek cara aku sendiri.. Ruang yang ada dalam satu depa dewasa jek sebab ruang ni aku kongsi ngan abang aku yang jual Nasi Ayam Warisan.



ha ni r rupe aku...Kat Opis memang aku cikgu tapi kt cini aku sempoi jek..janji halal dan aku dapat byk pengalaman, yang susah untuk aku gambarkan suka dan duka.
aku ingin ucapkan terima kasih pada semua yang menjayakan projek Ayam Percik Lagenda Aku nih, terutamanya:
Ayah Dan Mak aku yang tak jemu bagi sokongan dan dorongan
Abang-abang aku, Adik beradik aku dan Anak berana aku
Kawan-kawan aku dan semua yang menjayakanya...
terima kasih semua...
jumpe lagi di bulan Ramadhan yang bakal tiba nih..
InsyaAllah kalo de rezeki..